Isnin, 17 Ogos 2015

Atasi Masalah Mandul

Atasi Masalah Mandul

** Tips
Adalah sudah menjadi lumrah bahawa setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga tentunya ingin mendapat anak. Mempunyai zuriat dan menyambung susur galur keluarga. Anak itu rezeki yang Allah bagi dan kalau dia membesar menjadi seorang yang berguna… maka bertambah-tambah berkat kehidupan kita.
petua dapat anak 200x300 Atasi Masalah Mandul
Yang sedihnya, ada di kalangan pasangan yang dah berkahwin berbelas tahun namun masih tak berjaya nak dapat anak. Bila dah terjadi sedemikian, mungkin ada yang terfikir bahawa dirinya mandul. Tapi bila di’check’ dengan doktor, takde pula masalahnya… semua okey jer… aduhaii… Mungkin belum sampai masanya kot..?
Dalam usaha mengatasi masalah susah nak dapat anak nie kekadang banyak cara yang dah dilakukan. Setiap kali dengar jer kaedah atau rawatan yang dikatakan membantu, maka ramai yang mencuba biarpun terpaksa berbelanja kos yang beribu-ribu. Namun, kekadang mungkin ada yang terlepas pandang akan amalan orang dulu-dulu, yang cukup simple tapi mampu membantu memberi kesan yang sangat diharapkan…
Petua Merawat Masalah Mandul
Satu petua yang kalau ditanya pada orang tua-tua dulu akan cara nak mudahkan dapat anak ialah dengan mengamalkan makan taugeh setiap hari. Orang dulu-dulu biasanya jadikan taugeh nie sebagai ulam dimakan dengan nasi.
Dikatakan bahawa jika diamalkan sekerap mungkin, insyaAllah dalam 5 bulan akan beroleh hasilnya.
Selain itu, ada juga yang berpesan supaya makan rojak nanas seminggu sekali. Cubalah.. moga-moga berjaya.
nota: Jika dah disahkan positif hamil, sangat penting untuk ibu hamil elakkan makan nanas. Amalan makan nanas muda boleh menyumbang kepada keguguran.